facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

"SAYA ATAU TAK... SAYA PILIH HENTI, TERUSKAN KEHIDUPAN" - SYAFIQ KYLE

loading...

Pelakon Syafiq Kyle, 26, akhirnya bertemu pihak media malam semalam pada sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel bagi merungkai penyebaran video mirip dirinya yang tular sejak Ahad lalu. 


Pertemuan itu diaturkan pihak pengurusannya bersama beberapa pihak media selepas isu itu berlarutan tanpa penjelasan daripada mulut aktor berkenaan. 

Dalam sidang media tersebut, Syafiq memberitahu yang dia memilih untuk tidak mengesahkan mengenai video itu namun membiarkan masyarakat memberi pandangan masing-masing. 

Syafiq berkata, dia tetap akan berhadapan dengan perspektif berbeza-beza sama ada dia mengaku atau tidak individu dalam video berkenaan adalah dirinya. 

"Sama ada saya atau tidak tetap akan ada pandangan yang berlainan dan saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau pendekkan isu ini. Saya pilih menghentikannya di sini dan meneruskan kehidupan. 

Klik untuk gambar besar



"Bagi saya, biarlah orang nak cakap itu saya atau bukan. Saya juga menghargai dugaan ini sebagai perkara yang mematangkan saya," ujarnya. 

Sejak malam Ahad lalu, pengguna Twitter mula membicarakan video yang memperlihakan individu mirip Syafiq Kyle yang melakukan perkongsian sembang video aksi melampau bersama seorang individu dikenali sebagai Mira. 

Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen. 

Dalam pada itu, Syafiq mengakui sudah mengetahui tentang kewujudan video berkenaan sejak dua tahun lalu, namun tidak pasti kesahihannya. 

Kata pelakon 'Tak Ada Cinta Sepertimu', beberapa individu pernah memberi petunjuk bahawa mereka memiliki video tersebut. 


"Dua tahun lalu, saya sudah menghidu tentang video tersebut ada yang jumpa saya beritahu mereka sudah melihatnya. 

"Saya tertanya-tanya video apa yang dimaksudkan sehinggalah ia tersebar dua hari lalu. Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial. 

"Saya tidak sangka ia jadi sebesar ini dan terjadi pada bulan Ramadan, di mana sepatutnya menjadi bulan saya membersihkan dosa-dosa lampau saya," jelasnya. 

Selain itu, apabila ditanya tentang wanita yang dikenali sebagai Mira, Syafiq memberitahu dia mungkin mengenali wanita itu. 


"Mungkin kami pernah kenal, saya sendiri tidak mahu memanjangkannya," tutur Syafiq. 

Dalam pada itu, ditanya tentang reaksi keluarga, pelakon itu berkata, ibu adalah insan paling terkesan dan kecewa dengan berita tersebut. 

Namun, dia bersyukur keluarga masih memberi sokongan dan menjadi tulang belakang untuk dia berhadapan dengan pengalaman buruk ini. 

"Ibu saya menangis sebelum dia jumpa saya berbincang tentang perkara ini. Sudah tentu dia sedih kerana laman berita yang melaporkan berita-berita kerjaya dan kejayaan saya bertukar melaporkan berita paling buruk anak dia. 

"Saya tahu apa yang terjadi ini memberi kesan juga pada kehidupan mereka, saya sendiri kena bangun tunjukkan sesuatu yang positif agar mereka tidak bimbang dengan keadaan saya," katanya. 







loading...

0 Response to ""SAYA ATAU TAK... SAYA PILIH HENTI, TERUSKAN KEHIDUPAN" - SYAFIQ KYLE"

Post a Comment