facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Hasrat Masak Tomyam Untuk Anak Tak Kesampaian

loading...


Hasrat seorang ibu untuk memasak TomYam kepada kedua anakdan suami untuk berbuka puasa tidak kesampaian apabila Zaida Wan Zaid, 43 terlibat dalam kemalangan maut di di Kilometer 72, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Pulau Serai, semalam.
Dalam kemalangan kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa maut di tempat kejadian manakala anaknya, Ahmad Qusairi Arman, 7, dan Ahmad Saiful Arman, 12, cedera.
Kejadian dipercayai berlaku apabila Honda EX5 ditunggangi mangsa dikatakan keluar dari simpang sebelum dirempuh motosikal lain dari arah Kuala Terengganu ke Dungun.

Rempuhan kuat itu menyebabkan tiga beranak tercampak di jalan manakala penunggang motosikal Yamaha LC135 terbabit yang cedera meninggalkan motosikalnya dan melarikan diri.
Ketika kejadian, Wan Zaida yang tinggal di Kampung Pelandang di Dungun, menjemput dua anaknya itu yang belajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Serai.
Menurut suami mangsa ,beberapa hari lalu isterinya itu memberitahu mahu memasak sedap dan mahu singgah di kedai runcit untuk membeli barang keperluan memasak selepas mengambil dua anaknya di sekolah.
“Arwah biasanya memberitahu setiap kali keluar,tetapi hari kejadian saya terkejut apabila dia keluar tanpa memaklumkan kepada saya”
“Setengah jam kemudian,jiran datang kerumha memberitahu isteri dan anak terlibat kemalangan”

“Saya bergegas kelokasi kejadian dan luluh hati saya melihat jasad isteri terbujur kaku,bagaimanapun saya masih berzukur kedua anak saya selamat”katanya
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian.
loading...

0 Response to "Hasrat Masak Tomyam Untuk Anak Tak Kesampaian"

Post a Comment