facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

"HIGHWAY & TANDAS MILIK BN, TAK BOLEH LALU LA? - SHARNAAZ

loading...

Jika sebelum ini Dira Abu Zahar diegur oleh Sharifah Amani berhubung isu menyindir Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, kini nama Dira sekali lagi menjadi bualan netizen selepas memuatnaik satu lagi status mengenai fasiliti awam. 

Menerusi status tersebut, Dira mendakwa rakyat akan mengalami kesukaran untuk menggunakan fasiliti yang disediakan oleh kerajaan terdahulu apabila bertukar kepada kerajaan baharu. 

Status tersebut mendapat perhatian 'pelakon bersuara lantang', Sharnaaz Ahmad yang ternyata terkejut dengan status tersebut dan menghentam kenyataan Dira itu. 

Menurut Sharnaaz, dia sangat menghormati Dira, namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Dira tidak masuk akal dan dianggap mengarut. 


Sharnaaz turut memohon maaf jika bahasa yang digunakan agak kasar dan meminta agar Dira 'berehat' dari mengeluarkan kenyataan tidak berasas. 

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut tidak bersetuju dengan pandangan Dira. Tambah netizen, Dira mempunyai Ijazah Undang-Undang, pasti dia mengetahui perkara tersebut. 

Susah juga tu kalau semua fasiliti awam tak boleh guna sebab kerajaan terdahulu yang punya. Rasanya kalau tak ada benda berasas untuk dibincangkan, lebih baik diam. 




loading...

0 Response to ""HIGHWAY & TANDAS MILIK BN, TAK BOLEH LALU LA? - SHARNAAZ"

Post a Comment