facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

5 Penjara Termewah Dunia Impian Banduan Malaysia

loading...


JIKA sebut tentang penjara, pasti ramai di antara kita yang menganggap tempat kurungan tersebut sebagai menyeramkan kerana hanya didiami oleh penjenayah.

Namun, perlu anda tahu terdapat beberapa buah penjara di luar negara yang direka khas dengan hiasan dalaman yang cantik dan menarik sehinggakan boleh dianggap sebagai destinasi untuk bercuti.
Terdapat lima penjara mewah yang diketahui berdasarkan portal online Media Permata.


1. Penjara Santa Ana, Amerika Syarikat (AS)

Penjenayah yang melakukan kesalahan ringan akan ditempatkan di penjara ini dan dibolehkan membawa gajet mereka bersama buat beberapa jenis banduan yang tidak merbahaya.
Menariknya, penjenayah yang menginap di penjara yang terletak di California ini seolah-olah bermalam di hotel apabila dikenakan bayaran antara AS$75 (RM298) hingga AS$127 (RM505) sehari.
Digelar ‘5 Start Hilton Prison’ penjara ini membawa kehidupan banduan yang amat mewah dan dianggap tidak setimpal dengan hukuman ke atas kesalahan yang mereka lakukan.

2. Penjara Halden, Norway

Dengan kelengkapan sebanyak 252 sel atau bilik, sudah cukup selesa bagi banduan yang tinggal di sini merasai kesenangan.
Malah, banduan juga disediakan trek jogging, studio bunyi dan kelengkapan perabot seperti peti ais dan televisyen dalam setiap bilik.
Penjara ini juga diibaratkan seperti kawasan perlancongan apabila pelawat atau keluarga yang ingin datang ke sini dibenarkan bermalam di rumah dua bilik.

3. Sel Al Capone, AS

Penjara Al Capone terletak di Eastern State Penitentiary, Philadelphia.
Bilik dalam penjara ini dilengkapi dengan katil yang selesa, kerusi rehat dan meja belajar yang pernah digunakan oleh seorang penjenayah AS terkenal Al Capone.
Bagaimanapun, tidak banyak diceritakan berkenaan kisah-kisah banduan tersebut semasa dalam penjara ini.

4. Otago Correction Facility, New Zealand

Penjara Otago Correction Facility disediakan khas buat penjenayah berkedudukan tinggi dan orang ternama.
Pelbagai kemudahan yang disediakan termasuklah alat pemanas, televisyen skrin lebar, perpustakaan, gim dan perabot.
Penjara yang mempunyai 335 sel ini menelan belanja sebanyak AS$28 juta (RM111 juta) untuk membinanya.

5. Penjara Leoben Justice Centre, Austria

Dikenali dengan penjara lima bintang, penjara yang terletak di bandar Leoben, Austria ini dikatakan penjara paling cantik di dunia.
Uniknya, penjara ini juga digunakan bagi menempatkan kompleks dan pejabat kehakiman selain sebagai tempat hukuman banduan.
Jadi, mengapa penjara-penjara mewah sebegini dibina?
Untuk pengetahuan anda, penjara-penjara mewah ini dibina bukan untuk menggalakkan jenayah, tetapi untuk memberi motivasi kepada penghuninya.
Penjara yang mewah ini pastinya akan disukai oleh golongan gelandangan yang lebih rela untuk tinggal di sini berbanding di kaki lima. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

loading...

0 Response to "5 Penjara Termewah Dunia Impian Banduan Malaysia"

Post a Comment