loading...
Video ini memaparkan Datuk Aliff Syukri sedang sibuk dan begitu bertenaga riang gembira membuat amal kebajikan sekaligus mengagihkan Zakat kepada orang ramai. Video yang kian menular ini menampakan kepada kita bahawa setiap ada kelebihan haruslah disumbangkan kepada yang memerlukan terutamanya pada bulan ramadhan.
Ini merupakan julung julung kali dibuat oleh ahli-ahli perniagaan. Selalunya ahli-ahli perniagaan menyumbangkan zakat melaui badan baitulmal dan secara peribadi.
Apa yang dimaksudkan dengan Zakat fitrah Zakat adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Dinamakan juga dengan zakat al-Abdan dan ar-Ru-us (zakat badan dan kepala) kerana ia diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya, merdeka atau hamba.
Zakat fitrah adalah wajib dan dalil kewajipan zakat fitrah antaranya ialah hadis dari Ibnu Umar r.a. yang menceritakan, “Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah iaitu segantang tamar atau segantang gandum ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan supaya ia ditunai sebelum orang ramai keluar pergi menunaikan sembahyang (hari raya)” (Hadis riwayat Imam Bukhari).
Salam Ramadhan semua dan jgn lupa berzakat.
loading...
0 Response to "Aliff Syukri agih zakat kepada orang ramai. Berebut orang Nak Ambik Duit. Perlukah mcm ni..?"
Post a Comment