loading...
Video ini dihasilkan berikutan dengan kekalahan teruk parti pimpinannya di dalam PRU14 tempoh hari. Ramai yang telah melontarkan kata-kata kesat dan terus mengancam Dato' Seri Najib.
Walau bagaimanapun seorang lelaki sejati yang baik hati telah memuat naik sebuah tweet yang mengucapkan secara ikhlas terima kasih banyak-banyak kepada Dato' Seri Najib atas kejayaan beliau disepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri. Begitu banyak jasa yang telah beliau sumbangkan untuk membangunkan infrasruktur seperti pengangkutan dan sekaligus pernah juga menaikan pendapatan Negara disamping telah berjuang dan memperkenalkan konsep 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Beliau juga telah berusaha mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing. Dato' Seri juga telah mengilhamkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) disamping adanya menu Rakyat 1Malaysia yang diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga hanya RM4.
Dato' Seri Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya setiap menteri dan timbalan Menteri dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Dalam pada itu Najib telah garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
loading...
0 Response to "Belum puas ke hina Najib wahai rakyat Malaysia?' - Dia tidak sehina itu.."
Post a Comment