loading...
Baru-baru ini kelihatan anggota SPRM tiba di kementerian pelancongan dan kebudayaan. Ini dipercayai ada unsur kaitan dengan kontrak yang ditandatangan oleh tourism Malaysia dengan Syarikat syarikat terlibat.
Sedikit latarbelakang Nazri Aziz.
Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop (lahir 15 Mei 1954) merupakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mulai 16 Mei 2013. Beliau merupakan Bekas Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang menyelia hal Parlimen. Pada 17 September 2008, beliau mengisi portfolio hal-ehwal undang-undang atau 'de-facto Law Minister' apabila dikosongkan oleh Senator Datuk Zaid Ibrahim. Beliau merupakan seorang Ahli Parlimen dari parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang undang-undang dan mempunyai Ijazah Barrister At-Law daripada Lincoln's Inn, United Kingdom. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai anak. Salah satu daripada anak-anak beliau adalah Nedim Mohamad.
Di peringkat akar umbi, Datuk Nazri dipilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1978. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun pada tahun 1993 sebelum memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO mulai tahun berikutnya hingga 1996.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mulai tahun 1986 hingga 1996 dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia dari tahun 1990 hingga 1994. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dari tahun 1990 sehingga sekarang.
loading...
0 Response to "Giliran Nazri Aziz pula - siasatan SPRM"
Post a Comment