facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Misteri kematian Aiman timbulkan Tanda Tanya

loading...


“APABILA melihat kereta miliknya berada di kawasan gelap, saya tidak sangka akan menemuinya di dalam kenderaan itu, apatah lagi dalam keadaan demikian.”
Begitu luah ahli keluarga pemandu Grab yang ditemui maut dengan kesan jerutan di leher dipercayai dibunuh di tempat letak kereta di Taman Selayang Makmur, Selayang, semalam.
Mayat Aiman Nosri, 27, yang juga graduan Universiti Selangor (UNISEL) ditemui di tempat duduk belakang Perodua Myvi dengan kepalanya ke bawah mengenai lantai kenderaan itu, manakala kakinya di atas pada 8.20 malam.
Ahli keluarga mangsa berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, Aiman dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan pada 5 petang, 21 Jun lalu untuk bekerja.

Katanya, Aiman tidak pulang ke rumah selepas lebih 24 jam keluar bekerja menyebabkan mereka bimbang dan mula menghubungi kenalan serta rakan rapatnya.
“Kebiasaannya dia akan balik ke rumah selepas keluar bekerja atau tidur di rumah rakannya di Kuala Lumpur. Namun, dia tetap akan pulang ke rumah dan tidak pernah menetap bersama rakannya hingga berhari-hari.
“Apabila dia tidak balik ke rumah pada Jumaat lalu, kami pelik dan mula mencarinya dengan bertanya kepada rakannya, tetapi mereka memaklumkan tidak tahu lokasi Aiman berada sebelum laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, mereka mendapat maklumat mengenai penemuan kereta Aiman sebelum bergegas ke lokasi terbabit.
“Sebaik melihat keretanya diletakkan di kawasan gelap, saya meminta bantuan pihak polis untuk memeriksanya.
“Saya terkejut apabila melihat mayatnya ditemui di tempat duduk belakang dalam keadaan terlangkup,” katanya yang memaklumkan Aiman tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum dilaporkan hilang.

Menurutnya, Aiman yang juga anak ketiga daripada empat beradik bekerja sebagai pemandu Grab sepenuh masa sejak dua tahun lalu.
“Dia (Aiman) seorang yang baik dan melayan orang lain dengan baik, malah sanggup mengambil penumpang di serata tempat.
“Melihat apa yang berlaku kepadanya, saya meminta pihak Grab supaya memandang berat isu keselamatan bukan saja kepada penumpang, malah pemandu kerana kedua-dua pihak mempunyai risiko terhadap sebarang bahaya.
“Apa yang paling penting adalah lokasi penghantaran penumpang membabitkan kawasan ‘hitam’ atau berbahaya perlu disenarai hitam sebagai lokasi penghantaran yang hanya boleh dibuat melalui sistem.
“Apa yang terjadi kepada Aiman adalah pengajaran kepada semua pihak terutama Grab supaya memandang serius mengenai tahap keselamatan pemandu supaya perkara sebegini tidak berulang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Grab Malaysia Sean Goh memaklumkan Aiman adalah seorang pemandu Grab yang memiliki prestasi terbaik berdasarkan maklum balas penumpang yang pernah menggunakan khidmatnya.

“Bagi pihak Grab, kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga (Aiman) atas kehilangannya. Dia seorang pemandu yang baik dan khidmatnya amat dihargai oleh penumpang dan akan memberikan sokongan kepada ahli keluarga mereka.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat peribadi di media sosial yang boleh mengundang pelbagai spekulasi berhubung kejadian berkenaan untuk menghormati privasi ahli keluarga selain tidak menganggu siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Keselamatan pemandu sama penting dengan penumpang dan keselamatan mereka adalah sesuatu yang dipandang serius oleh pihak kami.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta tampil menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.
loading...

0 Response to "Misteri kematian Aiman timbulkan Tanda Tanya"

Post a Comment