loading...
Bekas perdana menteri Malaysia Dato' Najib Tun Razak memang diakui lebih bijak. Ini kata-kata yang pernah dilaungkan dalam ucapan Tun M pada suatu ketika dahulu. Tun M berpendapat sedemikian kerana segala penyelewengan yang dibuat adalah kerana Dato Seri Najib Tun Razak tahu dan bijak dalam membuat keputusan. Beliau sebenarnya tahu pengaliran dana ke akaun peribadi dan salah guna kuasa tetapi mengia kan semuanya kerana beliau seorang yang bijak. Di zaman pemerintahan beliau juga banyak projek yang ditandatangani tanpa tender terbuka dan hasil pesetujuan sesetengah pihak sahaja.
Dato' Seri Najib Tun Razak banyak dikaitkan dengan kes kes yang melibatkan kewangan dan salah guna kuasa. Yang terbesar dan diketahui umum sekarang ialah skandal 1MDB. Skandal ini merupakan skandal terbesar dan telah melibatkan banyak pihak serta negara. Atas dasar inilah maka selepas saja kekalahan beliau maka penyiasatan bermula. Banyak harta beliau dirampas bagi mendapatkan bukti penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa. Bukan itu sahaja malah beliau telah disekat dan senarai hitamkan dari pergi keluar negara. Penyiasatan bukan sahaja pada diri beliau malah merangkumi seluruh harta keluarga dan yang paling mengerunkan ialah rampasan harta benda terhadap isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansur.
Walaubagaimanapun penyiasatan masih berterusan sehingga sekarang. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
loading...
0 Response to "Najib memang lebih bijak dari saya - Tun M akui"
Post a Comment