facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Saya bersumpah dengan nama Allah dalam masjid tidak pernah kenal Altantuya - Najib

loading...


Semenjak pertemuan bapa Altantuya warga Mongolia iaitu Sharibu, pelbagai spekulasi tentang kes pembunuhan anak beliau telah dibuat. Terkini, ramai diantara yang terlibat ingin memberi kenyataan. Persoalan nya kenapa baru sekarang ingin membuat kenyataan sedangkan kes ini telah mencapai keputusan beberapa tahun dahulu.

Apa yang mengejutkan ialah kenyataan bekas perdana menteri Malaysia Dato Najib Tun Razak yang penuh yakin menegaskan bahawa beliau tidak pernah sama sekali mengenali wanita bernama Altantuya yang telah dibunuh dengan kejam oleh dua anggota unit polis itu pada suatu ketika dahulu. Malahan kes ini sudah ditangani dulu dan tiada sebarang bukti, gambar atau rekod menunjukan dan menyatakan yang Dato Seri Najib terlibat dalam pembunuhan yang berprofil tinggi ini. 

Apa yang paling kita mesti tahu bahawa Dato seri Najib Tun Razak pernah BERSUMPAH dengan nama Allah dalam sebuah masjid bahawa dia sama sekali tidak ada kena mengena dengan kes Altantuya.

Kes pembunuhan kejam Altantuya memang sudah dapat ditangani pada suatu ketika dahlu dan pembunuhnya telahhpun dijatuhkan hukuman malah sehingga sekarang masih menjalani hukuman. Tetapi ada sesetengah pihak termasuk keluarga si mangsa masih tidak berpuas hati akan keputusan itu dan menggangap Sirul (pembunuh) hanya merupakan kambing hitam dan sesetengah pihak masih ingin tahu siapakah dalang akan pembunuhan itu. Sama-sama kita tunggu.


loading...

0 Response to "Saya bersumpah dengan nama Allah dalam masjid tidak pernah kenal Altantuya - Najib"

Post a Comment