facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

“Tertinggal Barang” Suami cerai isteri atas motorsikal

loading...

TERTINGGAL barang di pasar antara punca perceraian yang dilaporkan di negeri ini.
Ketua Hakim Syarie Negeri, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, pelbagai punca remeh dan tidak masuk akal menjadi penyebab perpisahan pasangan berkahwin di negeri itu.
“Menyebut mengenai kes perceraian dan puncanya tiada apa pelik dan mustahil di mahkamah syariah, banyak kes perpisahan berlaku kerana hal yang tidak wajar.
“Biarpun terlihat pelik dan tidak munasabah serta tidak masuk akal namun itulah realiti yang berlaku di kalangan suami isteri yang gagal mempertahankan perkahwinan mereka di negeri ini,” katanya ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah di Kuala Terengganu .
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.
Wan Mohd Zakri berkata, antara kes terbaru yang dilaporkan ialah perceraian membabitkan suami isteri di atas motosikal.
“Hanya kerana si isteri tertinggal barang yang dibeli di pasar berlaku pertengkaran ketika dalam perjalanan pulang dengan menaiki motosikal sehingga suami melafazkan talak kepada isterinya.
“Jika diikutkan hal demikian hanya hal kecil dan boleh dibawa berbincang namun perpisahan tetap berlaku kerana kedua-duanya tidak sabar dan cepat mengambil keputusan tanpa memikirkan kesan terhadap keluarga termasuk anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Mohd Nor berkata, pihaknya akan meneliti medium terbaik bagi menangani masalah perceraian yang berlaku di negeri itu.
“Sehingga kini kes perceraian di negeri ini pada tahap sederhana namun usaha untuk membendungnya akan diperkasakan supaya statistik yang direkodkan dapat dikurangkan.
“Pelbagai masalah timbul akibat perceraian termasuk kegagalan bekas suami memberi nafkah yang akhirnya anak-anak menjadi mangsa.
“Sehubungan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) menyediakan Bantuan Pendahuluan Nafkah (BPN) untuk membantu ibu tunggal menampung perbelanjaan keluarganya sementara kes tuntutan nafkah di mahkamah sedang berjalan,” katanya.
Penerima, Muze Leawatie Razali, 37, dari Kampung Binjai, Kemaman, berkata, BPN membantunya dalam menyediakan keperluan untuk dia dan dua anaknya.
“Melalui bantuan ini, nasib ibu tunggal dan anak-anak mereka mendapat pembelaan sewajarnya seiring dengan tuntutan Islam,” katanya.
Pada majlis itu seramai 34 penerima mendapat bantuan BPN siri pertama dengan jumlah keseluruhan RM50,050 yang diperuntukkan MAIDAM melalui Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.
loading...

0 Response to "“Tertinggal Barang” Suami cerai isteri atas motorsikal"

Post a Comment