loading...
TIGA maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai merempuh sebuah lori rosak di lorong kecemasan di Kilometer 451.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Sungai Buloh, jam 9.30 malam semalam.
Difahamkan, mangsa yang maut akibat parah di kepala terdiri seorang wanita berusia 20-an, serta remaja lelaki dan perempuan belasan tahun.
Kejadian turut menyebabkan kesesakan lebih 10 kilometer arah selatan berikutan dua lorong ditutup oleh pihak berkuasa.
Sumber berkata, sebaik tiba di lokasi motosikal dipercayai ditunggang wanita itu gagal mengelak lalu melanggar belakang lori yang berada di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.
“Akibat rempuhan itu, ketiga-tiga mangsa tercampak ke tengah jalan, dan mengalami cedera parah pada bahagian kepala.
“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan mereka sudah meninggal dunia,” katanya.
Difahamkan, polis sedang mengesan waris mangsa yang dipercayai berasal dari Klang, Selangor.
Identiti mangsa.
1 – SITI NUR AISAH AMAN berusia 21 tahun yang beralamat di Pangsapuri Palma , Bdr Botanic, Klang.
2- IFFA QISTINA AIDA ABDULLAH berusia 14 tahun alamat sama dengan Nur Aisah
3 – MOHAMAD NORRIDWAN ABDULLAH berusia 10 tahun beralamat di Tmn Kenanga , Jln Lipis, Raub
loading...
0 Response to " 3 Maut Rempuh Lori Rosak"
Post a Comment