loading...
Menjadi persoalan apa kaitan simpanan anak saya dengan 1MDB? Apakah ini pimpinan Malaysia baru yang diharapkan oleh rakyat. Menjadi persoalan juga adakah kerajaan kini terlalu berdendam dengan kami sekulurga dan cuba untuk menghapuskan ahli keluarga kami. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembekuan akaun bank terhadap anak Najib.
Bukan sahaja itu malah akaun UMNO juga telah menerima nasib yang sama. Ramai diantara ahli umno berpendapat bahawa kerajaan sekarang membekukan akaun atas dasar tidak puas hati dan dendam. Setelah kekalahan Dato Seri Najib Tun Razak beliau dengan rela melepaskan jawatan presiden Umno yang disandang beliau. Umno telah mengalami kekalahan yang teruk dibawah pemerintahan Dato Seri Najib.
Pelbagai siasatan telah dilakukan terhadap beliau dan juga melibatkan isteri beliau. Bukan sahaja setakat siasatan malah pelbagai barangan telah dirampas kerana beliau didapati telah menyalahgunakan kuasa dan membuat pengubalan wang haram. Isteri beliau Datin Seri Rosmah juga tidak terlepas malah apa yang paling mengejutkan semua rakyat ialah nilai harta yang dimiliki oleh beliau.
Datin Seri Rosmah dikaitkan sebagai dalang utama kepada 1MDB yang mana kini masih dalam pengumpulan bukti untuk dibuat pendakwaan. Baru-baru ini Dato Seri Najib Tun Razak telah dituduh bagi empat pertuduhan yang mana semua perbicaraan akan dibuat February tahun hadapan. Sama-sama kita saksikan.
loading...
0 Response to "Apa dosa kami sehingga Kerajaan berdendam sangat dengan kami sekeluarga - Anak Najib"
Post a Comment