facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Bayi perempuan 20 hari jadi mangsa bapa di KOKAK kepala !!!

loading...

BAPA durjana dan mungkin juga sudah hilang akal. Itu gelaran sesuai buat seorang lelaki apabila tergamak menggigit kepala bayi perempuannya yang baru berusia 20 hari hanya kerana anaknya itu kerap menangis.
Tidak cukup dengan perbuatannya itu, suspek juga kerap melambung dan pernah menggantung anaknya di buai hingga terjatuh di rumah mereka di Bumbung Lima.
Malah, dia juga pernah mengugut mahu menjual bayi berkenaan dan sering memukul anak-anaknya yang lain membuatkan isterinya bimbang dan melaporkan kejadian terbabit kepada polis.
Suspek yang berusia 34 tahun itu diberkas polis di perkarangan Hospital Kepala Batas, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek ditahan pada 7.50 malam oleh anggota polis yang melakukan Op Cantas.
Menurutnya, isteri suspek membawa bayi mereka ke hospital untuk rawatan dan doktor mendapati kesan lebam sudah hilang kerana kejadian sudah beberapa hari berlaku.
“Hasil siasatan awal, kita dapati suspek kerap melambung dan menggigit bayi berkenaan di kepala, hidung serta pipi hingga meninggalkan kesan.
“Punca dia berbuat demikian kerana bayi terbabit kerap menangis malah siasatan juga mendapati suspek pernah mengugut mahu menjual anaknya itu,” katanya.
Noorzainy berkata, suspek yang tidak bekerja itu didapati positif methamphetamine, namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek akan direman hari ini di Mahkamah Butterworth,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Julai 2018 @ 12:19 PM
loading...

0 Response to "Bayi perempuan 20 hari jadi mangsa bapa di KOKAK kepala !!!"

Post a Comment