facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

'Bini orang juga kau nak...'

loading...




AKIBAT gilakan isteri orang, seorang lelaki berusia 35 tahun parah dibelasah 15 lelaki dalam satu kejadian di Kampung Kuala Bekah, Telok Ayer Tawar di Butterworth, jam 9 pagi semalam.
Difahamkan, lelaki berkenaan sudah tujuh tahun mengenali wanita berusia 31 tahun itu dan sering mengganggunya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pada kejadian semalam, lelaki itu datang ke rumah wanita berkenaan.
Beliau berkata, lelaki itu kemudian memanggil isteri orang itu tetapi wanita terbabit enggan keluar rumah.
Katanya, ia menyebabkan lelaki itu membuka pintu dan menarik wanita itu keluar dari kediaman berkenaan.
“Wanita terbabit menolak permintaan lelaki itu. Namun, lelaki itu tetap berkeras malah memegang satu objek pada tangan.
“Susulan itu, wanita berkenaan menjerit dan menarik perhatian ahli Rukun Tetangga berdekatan menyebabkan lelaki itu melarikan diri ke sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, susulan kejadian, sekumpulan lelaki bertindak mengepung rumah lelaki berkenaan.
“Lelaki itu bertindak menghubungi kakaknya. Sebaik tiba, kakaknya mendapati orang ramai sudah berada di luar rumah. Dia masuk ke dalam rumah dan mendapati adiknya duduk sambil memegang kepala.
“Sejurus itu, seramai 10 hingga 15 orang menyerbu masuk ke dalam rumah dan memukul adiknya itu," katanya.
Beliau berkata, lelaki itu mendakwa dia dipukul dengan cara ditumbuk, diterajang dan dipukul dengan topi keledar.
Katanya, individu yang memukul itu termasuk wanita yang juga isteri orang.
Selain itu, suami, bapa kandung dan adik lelaki wanita berkenaan.
Noorzainy berkata, lelaki itu luka pada bahagian kepala, lebam di kedua-dua tangan, bahagian belakang dan pinggang, sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas.
Beliau berkata, susulan kejadian, wanita berkenaan, bapa, suami dan adik lelakinya berusia 29 hingga 59 tahun ditahan polis jam 2.05 pagi hari ini untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 8:18 PM
loading...

0 Response to "'Bini orang juga kau nak...'"

Post a Comment