facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

NOURUL WAHAB KONGSI DETIK CEMAS ANAK KENA SAWAN

loading...

"Baru sahaja nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena sawan. Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak kena sawan, kena terbalikkan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. 
 


"Ini yang diajar doktor," tulis penyanyi Nourul Wahab yang berhadapan dengan situasi mencemaskan apabila anak lelaki bongsunya, Raphael Deep diserang penyakit sawan ketika mereka berada di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Isnin lalu. 

Menceritakan kejadian itu Nourul berkata, ia berlaku di ruang legar pusat beli-belah itu sebelum dia bertindak pantas dengan meletakkan anaknya di lantai dalam posisi meniarap agar dia dapat bernafas. 

Dalam pada itu, Nourul berkata, itu bukan kali pertama Raphael terkena serangan itu cuma kali ini ia berlaku di luar jangkaannya. 

Kata Nourul, setiap kali Raphael demam panas suhu badannya akan meningkat naik dan akan menyebabkan sawan. 

Klik untuk gambar besar
 

"Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena sawan. Ini kali ketiga walaupun dimonitor (pantau) sebaiknya cuma semalam tak sempat sampai rumah," ujarnya. 

Dalam pada itu, Nourul berkata, kejadian itu memberinya pengajaran agar tidak mengambil mudah apabila anaknya itu mengalami demam pada masa akan datang. 

Nourul juga bersyukur apabila anak kesayangannya yang berumur tiga tahun itu tidak mengalami sebarang situasi serius dan hanya ditahan selama satu malam di hospital. 

"Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila Raphael kena demam. 

 

"Alhamdulillah Raphael sudah baik selepas satu malam di hospital dan hanya terkena demam viral. Sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darahnya tidak menunjukkan apa-apa membahayakan," tuturnya. 

Sementara itu, Nourul turut mengucapkan penghargaan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah itu yang membantunya dalam situasi cemas itu. 

"Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ," katanya. 

Nurul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012. 

loading...

0 Response to "NOURUL WAHAB KONGSI DETIK CEMAS ANAK KENA SAWAN"

Post a Comment