facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Anak Jual Nyawa Bapa Kepada Along

loading...

Kuala Lumpur: Anak setan! Ia gambaran terhadap tindakan lelaki tahi judi yang tergamak menjual nyawa bapa sendiri kepada ceti haram (along).
Lelaki berusia 30-an itu didakwa mengarahkan ceti haram memburu dan menuntut bayaran hutang daripada bapanya setiap kali kalah berjudi.
Akibatnya, bapa malang itu berdepan pelbagai ancaman dan ugutan samseng along yang saban hari menghubunginya.
Terbaru pada 12 Mei lalu, dua samseng along menaiki sebuah kereta model Perodua Myvi muncul di hadapan rumah mangsa sebelum membaling berpuluh risalah meminta supaya mangsa menjelaskan hutang anaknya.

Bapa malang yang mahu dikenali sebagai Foong, 64, berkata, masalah berpunca akibat tabiat anak sulungnya yang suka berjudi.
“Bukan tidak sayangkan anak, tetapi perkara ini berlarutan selama 10 tahun. Saya sudah membelanjakan hampir RM400,000 untuk menyelesaikan hutang along yang dibuat anak saya.
“Dia membuat pinjaman along untuk berjudi, kemudian dia akan beritahu along supaya kutip semula duit mereka daripada saya. Dia turut menyerahkan segala butiran peribadi saya dan adik-beradiknya kepada along.
“Saya tidak tahan dan membuangnya daripada keluarga April lalu. Saya tidak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan dia, cukuplah saya bantu dia selama 10 tahun,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.
Foong berkata, dia sendiri tidak tahu di mana anaknya tinggal buat masa ini.
“Saya sudah buat laporan polis berkenaan tindakan along yang mengugut dan menakutkan keluarga saya, jika berlaku lagi saya tidak teragak-agak untuk tampil membuat laporan polis lagi.
“Jangan ganggu dan cari saya, wang dipinjam anak saya, pergi cari dia, bukan saya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, along perlu menuntut bayaran mereka daripada individu yang meminjam, bukan daripada keluarga atau penjamin.
“Saya mahu mereka (along) berhenti menakutkan mereka yang tiada kaitan dalam urusan peminjaman. Ini satu jenayah, jangan ingat mereka boleh sewenang-wenangnya melakukan peras ugut kerana laporan polis sudah dibuat,” katanya.

loading...

0 Response to "Anak Jual Nyawa Bapa Kepada Along"

Post a Comment