loading...
Rosmah dengan penuh syahdu kini berkata..Kita serah pada Allah SWT. Itu yang paling mustahak. Hari baik, bulan baik jangan kita fitnah satu sama lain. (Jangan memfitnah) itu adalah ajaran al-Quran. Kita serah pada Allah. Kita hanya mampu berdoa,” ..
Video ini memaparkan Datin seri Rosmah Mansur dengan penuh sayu meminta agar janganlah kita menabur fitnah atas dirinya dan suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu bekas perdana menteri.
Dalam video ini nampak sekali wajah Datin Seri Rosmah begitu sedih dan amat menyesal.
Walaupun kini Datuk Seri Najib difitnah dgn pelbagai dakwaan tetapi beliau tabah.
Najib yang dulu berani menongkah arus - termasuklah menjalin kerjasama pelaburan yang padu dengan China, India dan Arab Saudi. Ini semua dilakukan demi untuk melihat kemakmuran negara. Itulah yang berlaku apabila Perdana Menteri pulang ke tanah air dari China selepas pertemuan dengan Presiden Xi Jinping pada 16 Mei tahun lalu setelah meraih pelbagai peluang pelaburan dalam bidang infrastruktur untuk memajukan negara.
Itu kejayaan kali kedua Perdana Menteri selepas November 2016. Jika dijumlahkan pelaburan diraih Kuala Lumpur-Beijing diusahakan oleh Najib dalam beberapa bulan sahaja waktu itu sudah mencecah RM175 bilion. Ia belum termasuk siri pelaburan yang dijana daripada India, Arab Saudi, Perancis dan merata lagi yang berjumlah hampir RM300 bilion.
loading...
0 Response to "Bertaubatlah rakyat - Rosmah mohon jgn tabur fitnah. Ini bulan ramadhan."
Post a Comment