facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

3 Mangsa Dikenal Pasti,nak balik kampung rupanya

loading...


Tiga daripada 4 mangsa kemalangan di kilometer 161, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan pagi tadi sudah dikenal pasti.Mangsa  Azian BT Abdullah,Fatin Najwa BT Mazlan,Fatin Nur Adriana BT Mazlan,Fatin Nur Athirah BT Mazlan,Mohd Shahrul Ikhram Bin Mazlan (pemandu) cedera ,mangsa dimaklumkan berasal dari  felda cheneh Terengganu dikatakan dalam perjalanan balik kekampung mereka di Kemaman.

Menurut sumber keluarga itu sempat membeli belah dan makan sahur di termeloh sebelum terlibat kemalangan yang menghilangkan 4 nyawa.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, berdasarkan maklumat awal, terdapat enam penumpang dalam kenderaan itu ketika kejadian.


“Setakat ini, empat daripadanya disahkan meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Jengka untuk tujuan bedah siasat, dua lagi mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh bagi rawatan lanjut.katanya
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menggunakan mesin pemotong hidraulik bagi mengeluarkan empat mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu.
“Siasatan kemalangan itu sudah diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Difahamkan, kenderaan itu dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke arah Kemaman, Terengganu sebelum terbabas sebaik tiba di lokasi kejadian.

loading...

0 Response to "3 Mangsa Dikenal Pasti,nak balik kampung rupanya"

Post a Comment