loading...
Ini adalah satu berita baik bagi semua para penerima bantuan rakyat 1Malaysia atau lebih dikenali ramai sebagai BRIM. Kerajaan baharu yang di kenali sebagai Pakatan Harapan akhirnya telah mengumumkan bahawa bantuan untuk golongan yang memerlukan dan berpendapatan rendah akan tetap di teruskan.BRIM juga telah di tukar namanya kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat atau nama panggilan singkatannya iaitu BSH. Telah dikongsikan cara membuat semakan BSH secara online iaitu status permohonan dan juga rayuan.
Kerajaan baharu ini iaitu Pakatan Harapan begitu komited untuk memastikan kesejahteraan Rakyat Malaysia akan dipelihara dengan baik dan tanpa meningkatkan beban Hutang yang telah ditanggung oleh kerajaan pada masa kini. Sehubungan itu juga, sejumlah penerima yang berjumlah 4.1 juta penerima seluruh malaysia akan menerima bayaran BSH pada peringkat kedua pada 6 Jun 2018 yang juga membabitkan anggaran peruntukkan sebanyak RM1.6 Bilion . untuk pengetahuan dan makluman semua, jumlah BSH akan tetap dikekalkan untuk semua jenis kategori penerima pada tahun 2018 ini.
Walaupun nama BRIM telah digantikan atua ditukar namanya ke pada BSH , semua pemohon masih juga boleh membuat semakan status dan rayuan mereka sama seperti yang dahulu iaitu melalui Laman web Bantuan Sara Hidup Rakyat di:
https://ebr1m.hasil.gov.my/.
Semoga anda semua berjaya membuat semakan ini.
loading...
0 Response to "BSH Ganti Brim- akan dibayar pada 6 Jun 2018"
Post a Comment