loading...
RUPANYA Malaysia tahu ada notis merah buat Jho Low!! Anda boleh scroll terus ke video yang ada di bawah untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membawa balik Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini berhubung siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Salah satunya, pihak berkuasa Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menghubungi Interpol bagi menggunakan Notis Merah terhadap Jho Low setelah memperoleh waran tangkap terhadapnya.
Bagaimanapun, Peguam kanan jenayah S.N.Nair berkata proses ekstradisi amat kompleks dan merenyahkan kerana sebagai orang kaya, Jho Low mampu menggunakan mahkamah negara itu bagi menyekat atau melengah-lengahkan keseluruhan proses ekstradisi (kecuali Brunei dan Singapura). Nair berkata Malaysia juga boleh terus membatalkan pasport Jho Low, dan dengan itu akan menjadikannya sebagai orang tanpa warganegara.
Seorang lagi peguam kanan jenayah, Datuk N. Sivananthan pula berpendapat, oleh kerana Notis Merah kini sudah dikeluarkan terhadap Jho Low, maka semua negara menjadi pihak kepada Interpol berkewajipan menangkap dan menghantar beliau ke negara yang memohon penangkapannya.
Beliau seterusnya berkata Jho Low juga boleh menggunakan hujah bahawa siasatan terhadapnya berasaskan politik berikutan hubungannya dengan perdana menteri sebelum ini, serta keluarganya dan pertuduhan berasaskan politik tidak terikat dengan ekstradisi walaupun negara berkenaan bersedia menimbang alasan serupa dengan ketiadaan perjanjian berkaitan ekstradisi.
Video ini hanya lah suatu informasi yang ingin saya kongsikan kepada anda semua, saya memohon maaf sekiranya anda tersinggung.
loading...
0 Response to "RUPANYA Malaysia tahu ada notis merah buat Jho Low!!"
Post a Comment