loading...
"Kecuaian tiga pekerja pembinaan ini yang merenung kamera kelihatan gedik melihat saya melintas jalan.
"Pintu besar yang berat ini hanya dipegang oleh ketiga-tiga mereka lalu tumbang di atas jalan betul-betul depan saya dalam setengah meter.
"Alhamdulillah saya masih hidup. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana anak-anak akan membesar tanpa ibu mereka.
"Terima kasih kerana menyelamatkan dan melindungi saya, Allah," tulis penyanyi Nourul Wahab di laman Instagramnya.
Nourul berhadapan detik cemas apabila pintu masuk di sebuah tapak projek pembinaan kondominium mewah di ibu negara tumbang dah nyaris menghempapnya.
Nourul atau nama penuhnya Noorul Huda Abdul Wahab, 40, mendedahkan ketika kejadian dia sedang berjalan kaki ke sebuah bangunan berdekatan tapak pembinaan itu yang tidak jauh dari rumahnya iaitu di kawasan Bukit Ceylon, Kuala Lumpur.
Jelasnya, pintu itu tumbang disebabkan kecuaian tiga pekerja asing yang sebelum itu memegang pintu tersebut sebelum ia rebah di hadapannya.
Nourul sempat merakamkan gambar individu berkenaan yang turut merenung kamera dan dimuatkan di laman sosialnya itu.
Dalam pada itu, Nourul berkata, dia memang tidak berpuas hati dengan pembinaan projek itu kerana bunyi bising yang menggangu penduduk setempat.
Nourul turut mempersoalkan keperluan pembinaan projek sedemikian memandangkan bandar raya Kuala Lumpur sudah padat dengan bangunan.
"Memang kami tak puas hati pun dengan projek ini. Buat bising setiap hari, tak kira malam siang, awal pagi.
"Siapa perlukan bangunan banyak-banyak dekat Kuala Lumpur ini? Siapa nak duduk lagi? Bangunan yang dah ada ni pun tak penuh," tuturnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
loading...
0 Response to "TAKZIAH NURUL AJAI... NYARIS BERTEMU AJAL DI BULAN RAMADHAN."
Post a Comment